Menu

POSTING PILIHAN: PENGARAH JPJKK ADAKAN LAWATAN KERJA RASMI KE IPK PULAU PINANG

Butterworth, 7 Mac 2024 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pualu Pinang, di sini, semalam.

Beliau telah diberi taklimat berkaitan usaha dan program pencegahan jenayah oleh Ketua JPJKK Pulau Pinang, SAC Puspanathan Wiresingam di Bilik Mesyuarat Utama, IPK Pulau Pinang.

Datuk Wan Hassan juga turut mengadakan perjumpaan dan menyampaikan amanat kepada warga kerja JPJKK Kontinjen Pulau Pinang dan ahli Mesyuarat Pegawai Turus Kepolisan Komuniti Se-Malaysia Tahun 2024 yang diadakan di Dewan Serbaguna Pangkalan Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Batu Uban.

Seusai majlis tersebut, beliau bersama para pegawai kanan berkesempatan mengadakan Program "Community Policing" bersama warga penduduk di Pulau Aman, Seberang Perai Selatan.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti JPJKK Bukit Aman, SAC Alina Saad.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS