Shah Alam, 8 Mac 2024 - Tidak menggunakan kata sebenar, sebaliknya ditukar kepada perkataan bercampur simbol bagi mengelak aktiviti penjualan hidupan liar di plattorm dalam talian dihidu pihak berkuasa.
Itu antara taktik sindiket pemerdagangan binatang liar yang berjaya dikesan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
Ketua
Pengarah PERHILITAN, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim berkata, modus operandi penawaran di "market place" itu dilihat semakin berevolusi.
“Penjenayah tidak lagi meletakkan kata kunci nama barangan secara langsung seperti 'taring babi' sebaliknya menukarnya kepada 't@r!ng b@B!' bagi mengelak perlakuan mereka dikesan," katanya kepada Sinar Harian.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Sinar Harian seperti di lampiran.