Menu

[ARTIKEL PILIHAN] ISU TULAR: REMAJA PEREMPUAN BUAT AKSI 'SUPERMAN' DICEKUP

Melaka, 14 Mac 2024 - Lagak remaja perempuan merempit dengan melakukan aksi 'superman' di Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini, ketika pulang berkonvoi selepas menjamu selera membawa padah selepas ditahan polis pada Rabu.

Tangkapan tiga remaja perempuan berusia 16 hingga 18 tahun itu dibuat selepas aksi mereka dikesan tular di aplikasi sosial X.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, penahanan remaja dari kumpulan dikenali 'Awek Melaka' itu dibuat sepasukan Unit Risikan/Operasi JSPT Bukit Aman di sekitar Melaka Tengah.

Katanya, tangkapan dibuat dengan kerjasama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah menerusi operasi bermula jam 11 malam.
"Polis turut menyita tiga motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang digunakan ketika melakukan aksi berbahaya itu.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS