Petaling Jaya, 19 Mac 2024 - Kes-kes gangguan seksual melibatkan golongan pendidik tidak sepatutnya berlaku di sekolah kerana amanah guru adalah melindungi dan membimbing pelajar.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11),
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Siti Kamsiah Hassan berkata, berdasarkan analisis, sebanyak enam peratus daripada kira-kira 5,000 kes
gangguan seksual dilaporkan berlaku di sekolah dalam tempoh lima tahun sejak 2019 hingga 2013.
Menurut beliau, walaupun jumlah itu nampak ‘kecil’ iaitu kira-kira 300 kes, namun ia tidak sepatutnya berlaku sama sekali.
“Mereka (guru) ini pendidik yang sepatutnya melindungi, bukan memberi ancaman sehingga menakutkan pelajar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
SAC Siti Kamsiah berkata, apa-apa perbuatan dan percakapan mengaibkan dianggap sebagai kesalahan gangguan seksual dan boleh berlaku di mana-mana iaitu sekolah, rumah atau lain-lain tempat.
“Jadi, sebarang kes yang dianggap gangguan seksual termasuk meraba dan mengeluarkan kata-kata mengaibkan di sekolah boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan
Utusan Malaysia.