Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PROGRAM PPS DI SEKOLAH BANTU MENURUNKAN KADAR JENAYAH

Kuala Lumpur, 20 Mac 2024 - Kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) memainkan peranan penting dalam usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) menurunkan kadar jenayah di sekolah, termasuk kes buli.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, SAC Alina Saad berkata, terdapat 10,234 PPS sekolah rendah dan sekolah menengah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia di seluruh negara.

“Di setiap sekolah berkenaan, PDRM menempatkan seorang pegawai bagi sekolah menengah, manakala seorang anggota di sekolah rendah.

“Mereka yang dilantik sebagai PPS adalah terdiri daripada pegawai dan anggota bertugas di pelbagai jabatan di peringkat daerah seperti Bahagian Siasatan Jenayah, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik serta Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.

“Peranan utama PPS adalah menjadi perantara antara PDRM dengan masyarakat khususnya pihak sekolah serta pelajar untuk memberi kesedaran mengenai pencegahan jenayah,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS