Kuala Lumpur, 25 Mac 2024 - Menginjak usia 217 tahun Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), peranan serta pengorbanan Pasukan keselamatan negara itu memelihara keamanan dan kehormanian negara terus dihargai dan disanjung masyarakat.
Sambutan Hari Polis Ke-217 yang masih mengekalkan tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada', diraikan serentak di seluruh negara hari ini turut menjadi
ruang kepada masyarakat pelbagai lapisan untuk menzahirkan penghargaan selain memperingati khidmat bakti Pasukan Sang Saka Biru itu.
Di ibu negara, Perdana Menteri, Dato' Seri
Anwar Ibrahim dan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Sambutan Hari Polis Ke-217 di Pusat Latihan Polis, di sini yang turut dimeriahkan dengan persembahan 'Subuh Berdarah' berkisarkan tragedi pertempuran polis dengan komunis di Balai Polis Kuala Krau, Temerloh, Pahang pada 1949.
Di Perak, Ketua
Polis Perak, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri mengingatkan semua anggota polis supaya terus meningkatkan integriti serta berkhidmat dengan rasa penuh tanggungjawab demi memastikan keselamatan negeri dan rakyat sentiasa dijaga.