"Kejadian tersebut berlaku di Jalan Puteri 2/7, Bandar Puteri, Puchong, Selangor. Rakaman video berdurasi 9 saat itu menunjukkan seorang penunggang motosikal menghampiri pejalan kaki sebelum meragutnya menyebabkan mangsa terjatuh."
"Penunggang itu bertindak memecut motosikal melarikan diri manakala mangsa diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi. Polis meminta individu yang menjadi mangsa ragut penunggang
motosikal seperti tular di media sosial, tampil membuat laporan."
Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Serdang, Selangor, ACP A. A. Anbalagan
Link Pautan: https://www.facebook.com/reel/977862810369756