Menu

ARTIKEL PILIHAN: SOKONG SIASATAN SPRM KES PEGAWAI POLIS DITAHAN BERSAMA RM1 JUTA – PENGARAH JSJ

Kuala Lumpur, 27 Mac 2024 - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman memberi sokongan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap seorang pegawai kanan polis yang ditahan bersama wang tunai lebih RM1 juta kerana disyaki melindungi aktiviti haram di ibu negara, baru-baru ini.

Pengarah JSJ, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya tidak berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota polis yang terbabit dalam rasuah.

"Secara peribadi, saya konsisten dengan pendekatan dan tindakan saya, di mana saya menyokong penuh tindakan SPRM terhadap sebarang salah laku rasuah.

"Saya serahkan kepada SPRM untuk menyiasat sepenuhnya perkara itu," katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Beliau mengulas kes seorang pegawai kanan polis ditahan SPRM kerana dipercayai menerima suapan bagi melindungi aktiviti jenayah.

Menurutnya, sebelum ini beliau pernah memberi amaran kepada anak buahnya yang terbabit dalam aktiviti tidak sepatutnya supaya segera berubah.
"Pesanan saya sebelum ini 'change or you will be changed'. Berdasarkan perkembangan terkini, adalah wajar saya mengubah pesanan itu kepada 'change or you will be chained'.

"Anda perlu menerima hukuman atas perbuatan yang anda lakukan," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../saya-sokong-siasatan-sprm...


May be an image of 3 people, dais and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS