Ikuti sedutan rakaman Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama warga Polis Diraja Malaysia di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.
Keberangkatan tiba Baginda
berdua disambut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama isteri, Datin Seri Norhayati Musa, Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan isteri, Datin Zarina Idris serta Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman.