Menu

KPN HADIR PEMAKAIAN PANGKAT DAN SAKSI SERAH TERIMA TUGAS KETUA POLIS KUALA LUMPUR YANG BAHARU


Kuala Lumpur, 29 Mac 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis (KP) Kuala Lumpur yang baharu di Sri Satria, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Tertib majlis dimulakan dengan pemakaian lencana pangkat Komisioner Polis (CP) oleh Tan Sri Razarudin kepada Dato’ Rusdi Mohd Isa yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Seusai itu, majlis diteruskan dengan acara serah terima tugas dan penyerahan tongkat kuasa KP Kuala Lumpur di antara CP Dato’ Rusdi dengan CP Datuk Allaudeen Abdul Majid yang akan menjalani persaraan wajib pada 1 April 2024 selepas hampir 38 tahun menabur bakti di dalam Pasukan keramat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Lebih manis lagi apabila Tan Sri Razarudin berbesar hati menyerahkan Sijil Penghargaan Perkhidmatan dan Kad Pesara Polis kepada Datuk Allaudeen.

Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Razarudin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Allaudeen atas jasa dan khidmat bakti cemerlang yang telah beliau curahkan kepada Pasukan, khususnya Kontinjen Kuala Lumpur.

Tan Sri Razarudin juga mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Dato’ Rusdi atas kenaikan pangkat bagi menerajui Kontinjen Kuala Lumpur.

“Sesungguhnya, penilaian telah dibuat secara teliti dengan mengambil kira kredibiliti serta kewibawaan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Dato’ Rusdi sepanjang berkhidmat dalam Pasukan dan amat yakin pemilihan dibuat adalah tepat untuk menggendong cabaran serta tanggungjawab yang diamanahkan sebagai KP Kuala Lumpur”, ujarnya lagi.

Dalam majlis yang sama juga, turut berlangsung serah terima tugas jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Kuala Lumpur di antara Datin Dr. Kamariah Omar dengan penyandang baharu iaitu Datin Zuraini Abd Razak sambil disaksikan Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Zainah Othman.

Hadir sama, Timbalan KP Kuala Lumpur, DCP Dato’ Azry Akmar Dato’ Hj. Ayob bersama isteri merangkap Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur, Datin Suriyani Esa, barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Kuala Lumpur bersama isteri, para Pegawai Kanan PDRM, ahli-ahli PERKEP serta rakan-rakan media.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of 2 people, dais and text that says 'YDH Majlis Serah Terima Tugas KETUA POLIS KUALA LUMPUR di antara DATUK AL' A'IDEEN BI lan รกู BIN DUL MAJID cP DATO ISA 3 SAIN'

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text that says 'Majlis Serah Terima Tugas KETUA POLIS KUALA di antara YDH CP DATUK ALLAUDEEN BIN ABDUL LUMPUR MAJID PDRM dan 개 CP DATO' RUSDI BIN MOHD ISA disaksikan oleh TAN SRI PAZARUDIN BIN HUSAIN PENYERAH SATRIA BU UMAAT KUALA LUMPUR PENERIMA'

May be an image of 1 person, dais and text that says 'na Tugas LUMPUR EP MPUR @HA ALAUDEEN INHUS'

May be an image of 12 people, dais and text

May be an image of 3 people and text that says 'VFM 3384 E RM'

May be an image of 8 people and text

May be an image of 8 people, dais and text that says 'IBU PEJAB κι RUSDI Rpa RAZARUDIN'

May be an image of 3 people, dais and text that says 'Majlis Serah Terima Tugas KETUA POLIS KUALA LUMPUR diantara TUK AI AIIDEEN dan YDH ABDUL MAJID CP DATI HD ISA PENYERAH SATRI IUSAIN'

May be an image of ‎3 people and ‎text that says '‎Majlis Serah Terima Tugas KETUA POLIS KUALA LUMPUR di antara YD' 20 DATUK ALLAUDN BIN ABDUL MAJID 매 cP DATO' RUS disaksik יN MOHD ISA PENERAH BIN HUSAL HUSA IALALUPR‎'‎‎

May be an image of 4 people, dais and text that says '21 Majlis Serah Terima Tugas PENGERUSI PERKEP KONTINJEN KUALA LUMPUR diantara YBHG. DATIN DR. KAMARIAH BINTI OMAR dan YBHG. DATIN ZURAINI BINTI ABD RAZAK disaksikan oleh YBHG. PUAN SRI ZAINAH BINTI OTHMAN PENGERUSI PERKEP MALAYSIA PENYERAH 24(JUMAAT)'

May be an image of 3 people, headscarf, dais and text

May be an image of 11 people, dais and text

May be an image of 14 people and text

May be an image of 8 people, dais and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS