Kuala Lumpur, 5 April 2024 - Bagi memperkukuhkan lagi penugasan rondaan di lebuh raya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kumpulan Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) menyerahkan tiga buah Proton X70 kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, petang tadi.
Dalam majlis ringkas yang diadakan, Ketua Pegawai Eksekutif ALR, Encik Sazally Saidi telah
menyerahkan replika kunci sebagai simbolik penyerahan kenderaan tersebut kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain.
Hadir sama, Pengarah JSPT, CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri, Timbalan Pengarah I JSPT Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Nasri Omar, Timbalan Pengarah II JSPT Bukit Aman, ACP Fauzi Osman dan barisan Ketua Penolong Pengarah JSPT.