Menu

VIDEO TULAR: SEKUMPULAN INDIVIDU BERGADUH

“Polis Daerah Bintulu mengesahkan kejadian video tular berdurasi dua minit memaparkan sekumpulan lelaki bertelingkah dan tolak menolak. Hasil siasatan kejadian berlaku pada 2 April 2024 jam 10.00 malam berpunca daripada dua lelaki berselisih faham.”

“Kejadian berpunca daripada bunyi bising motosikal di kawasan kejiranan sehingga berlaku kekecohan. Kedua-dua pihak yang terlibat telah tampil ke balai polis bagi membantu siasatan dan kes telah diselesaikan dengan baik.”

“Ketua Polis Daerah Bintulu menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang tidak tepat dan menimbulkan isu-isu sensitif. Pihak polis tidak akan bertolak ansur ke atas mana-mana pihak yang melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.”

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali

Link Pautan: https://www.facebook.com/reel/391398833808587

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS