Menu

KPN DAN ISTERI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI ISTANA NEGARA, TIMBALAN KPN BERSAMA BARISAN PENGARAH PDRM DI MASJID BUKIT AMAN

Kuala Lumpur, 10 April 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga (PERKEP) Polis Malaysia, Puan Sri Zainah Othman hari ini menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Surau Utama, Istana Negara, di sini.

Turut berangkat menunaikan solat sunat bersama para pembesar negara dan Ketua-ketua Agensi Kerajaan Persekutuan sempena 1 Syawal tadi ialah KDYMM Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Solat sunat tadi dipimpin oleh Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Hj. Munir Hj. Md. Salleh.

Manakala di Bukit Aman pula, Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama-sama barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan isteri serta hampir 500 warga Pasukan dengan orang awam menunaikan solat sunat Aidilfitri di dewan solat utama masjid.

Seusai itu, kedua-dua pucuk pimpinan Pasukan itu memenuhi jemputan ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri 1445H di Dewan Santapan Utama, Istana Negara.

Selain menikmati juadah Aidilfitri yang disediakan, Tan Sri Razarudin bersama Puan Sri Zainah dan Dato’ Sri Ayob Khan turut beramah mesra dan bersalam-salaman dengan para tetamu yang hadir seusai majlis santapan yang berlangsung kira-kira dua jam.

Yang turut hadir, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim dan Ketua Pegawai Turus Istiadat PDRM, Superintendan Hammizamri Abdullah.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan, Konstabel Azri dan PDRM RMP TV

May be an image of 4 people, dais and text that says 'AK K MIL'

May be an image of 10 people and dais

May be an image of 10 people and headscarf

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 10 people and text

May be an image of 5 people and headscarf

May be an image of 2 people

May be an image of 6 people, dais and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS