Bagi memastikan kelancaran lalu lintas dan keselesaan pengguna, Sub Inspektor Ali Sahabudin, Koperal Muhammad Nazhim dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands telah membantu menolak kenderaan seorang lelaki yang rosak ke bahu jalan ketika mereka sedang melakukan rondaan di Kilometer 64.5 Brinchang menghala ke
Pekan Tahan Rata dekat Cameron Highlands, semalam.
Komitmen yang dipamerkan para petugas PDRM dalam memastikan lalu lintas sentiasa lancar agar dapat digunakan oleh pengguna jalan raya untuk menyambut Aidilfitri dengan selamat dan selesa.
Sumber: Polis Daerah Cameron Highlands
Link Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid0m9E2qtkRtgDEeEhXqFW8ZAiD2qKemUaEHSnwj6nsfgSpLvFQqxq4np11Q7SCpedMl