Kuala Lumpur, 12 April 2024 - Tujuh individu masih dalam tahanan reman bagi membantu siasatan berhubung penahanan seorang lelaki warga Israel bersama enam senjata api dan lebih 200 peluru di Jalan Ampang, di sini, pada 27 Mac lalu.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata dalam masa sama enam lagi individu yang ditahan berkaitan kes berkaitan sudah dibebaskan dengan
jaminan sementara menunggu siasatan dilengkapkan.
"Lelaki warga Israel berkenaan mengaku tidak bersalah atas pendakwaan dibuat terhadapnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan memperdagangkan enam senjata api dan memiliki 158 peluru.
"Walaupun dia sudah dituduh atas pemilikan senjata api, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti motif sebenar kerana terdapat suspek masih belum ditahan yang boleh membantu mengetahui motif," katanya ketika dihubungi, hari ini.