Menu

[ARTIKEL PILIHAN] OP SELAMAT 22: JUMLAH KEMALANGAN, KEMATIAN CATAT PENURUNAN

Kuala Lumpur, 17 April 2024 - Jumlah kemalangan jalan raya dalam Op Selamat 22 merekodkan penurunan sebanyak 1.41 peratus berbanding tahun lalu.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, menerusi Op Selamat 22 sebanyak 8,862 kes kemalangan jalan raya direkodkan berbanding 8,989 kes pada tahun lalu.

Selain itu, kes kemalangan maut mencatatkan penurunan sebanyak 10 peratus dengan 105 kes direkodkan berbanding 117 kes pada tahun sebelumnya.

Jumlah kematian akibat kemalangan pula merekodkan 119 kes iaitu pengurangan sebanyak tujuh kes berbanding 126 kes pada 2023.

“Penunggang dan pembonceng motosikal masih mencatatkan kematian tertinggi iaitu 79 kematian dalam Op Selamat pada kali ini berbanding 80 kematian yang direkodkan pada tahun 2023,” katanya dalam satu kenyataan.

Tan Sri Razarudin berkata, antara punca utama kemalangan adalah kerana kegagalan mengawal kenderaan sehingga terbabas akibat keletihan dan mengantuk serta tidak menjaga jarak pemanduan yang selamat antara kenderaan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.buletintv3.my/.../op-selamat-22-jumlah.../

Sumber: Buletin TV3
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS