Menu

KPN TERIMA KINJUNGAN HORMAT DELEGASI RRU

Kuala Lumpur, 18 April 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada delegasi Rashtriya Raksha University (RRU) dari Gandhinagar Gujarat, India di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, hari ini.

RRU yang merupakan universiti di bawah Kementerian Dalam Negeri Kerajaan India diwakili oleh Head of International Cooperation and Relations Branch RRU, Mr. Ravish Shah dan Officer on Special Duty ,Vice-Chancellor Office RRU, Mr. Atish P. Barot.

Kunjungan tersebut adalah berkenaan penawaran beberapa buah program oleh pihak RRU kepada warga PDRM di universiti tersebut, selain turut memaklumkan mengenai beberapa program jangka pendek dalam talian secara percuma.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Sekretariat ASEANAPOL, Police Colonel David Martinez Vinluan dari Phillipines National Police, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Dato' Pahlawan Suparamaniam Ramasamy dan delegasi Sekretariat ASEANAPOL.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery




May be an image of 2 people, the Oval Office, dais and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 3 people, dais and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS