Terima kasih kepada pemilik akaun Facebook 'Fandi Abdul' atas penghargaan beliau kepada para petugas Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat yang telah membuat rondaan secara berkala di rumahnya ketika pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Ternyata penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang dihebahkan pada Op Selamat 22 itu berjaya membantu masyarakat dalam menyalurkan maklumat atau aduan berkenaan isu keselamatan dan jenayah setempat.