Menu

PENILAIAN KECEKAPAN DAN KECERDASAN UJI KEUPAYAAN K9 PDRM

 
Kuala Lumpur, 19 April 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Bahagian D6 Bantuan Teknik, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah menganjurkan Penilaian Kecekapan dan Kecerdasan Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM bagi tahun 2024 yang berlangsung di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Penilaian yang julung kali diadakan tersebut bertujuan bagi menguji kemahiran pengesanan, kepatuhan dan skil perlindungan serta menilai sama ada aset Pasukan tersebut mempunyai sifat dan ciri sesuai untuk menjalankan tugas di lapangan.

Program yang dihadiri oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain itu telah mempamerkan ketangkasan enam ekor anjing daripada baka German Shepherd dan Labrador. Kesemua anjing berkenaan telah terlibat dalam empat acara yang dipertandingkan iaitu IG Obedience dan Lompat Halangan, Mengesan Bahan Letupan dan Senjata, Mengesan Bahan Narkotik serta Hold and Bark/Mengawal Keganasan.

Dalam program diadakan, Lans Koperal Albert Patrick dari Unit K9 PULAPOL Kuala Lumpur bersama anjingnya bernama Henbriks telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan yang membawa pulang medal, sijil penghargaan dan piala pusingan.

Berucap merasmikan program, Tan Sri Razarudin menzahirkan ucapan penghargaan kepada Unit K9 khususnya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Suhaily Mohd Zain atas penganjuran program tersebut.

"Sesungguhnya, program ini menjadi platform terbaik untuk menilai tahap kecekapan pemegang-pemegang anjing sekali gus boleh dijadikan kriteria untuk kenaikan pangkat para handler", ujar beliau.

Hadir sama, Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, barisan Timbalan Pengarah PDRM, Ketua Penolong Pengarah D6, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Zuraimi Zam Zam selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, serta barisan Pegawai Kanan PDRM.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Lans Koperal Bryan Mustin.

May be an image of 1 person, dog and text that says 'HAΙ HAKMI K? UNIT PIRM RM'

May be an image of 3 people and grass

May be an image of 6 people and text that says '1 ENILAIAI ENILAIAKGKECELIPR KE KECEL APAN KE 19 APRIL 19APRIL2024 2024 DAS 124 POLKUALALUN LUN OL KUALA M-UA FTA'

May be an image of 12 people and text

May be an image of 3 people and text
\

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS