Menu

KPN MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI UTK TAHUN 2024

Kuala Lumpur, 21 April 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berbesar hati ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Unit Tindakhas (UTK) bagi tahun 2024 dekat Mes Pegawai Kanan Bukit Aman di sini, tengahari tadi.

Kehadiran beliau bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman telah disambut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din dan isteri merangkap Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA, Datin Sri Johariah Urib Mohd Ariffin dengan diiringi, Komander UTK, SAC Ahmad Jefferi Abdullah bersama para pegawai kanannya.

Dalam sambutan yang diadakan, Dato’ Sri Kamarudin berkesempatan meluangkan masa menyantuni dan menyampaikan sumbangan serta duit raya kepada anak-anak warga kerja UTK termasuk anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan, Kajang.

Hadir sama, Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am) Jabatan KDNKA, Bukit Aman, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, DCP Gerakan Jabatan KDNKA, Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Yusoff Mamat, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), DCP Dato’ Mohd Khairi Khairudin dan Timbalan Ketua Polis Kelantan, DCP Mohd Ali Thamby serta barisan Komander formasi Jabatan KDNKA dan para pesara UTK.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sebery.

May be an image of 7 people, violin, dais and text

May be an image of 8 people and headscarf

May be an image of 3 people and dais

May be an image of 5 people

May be an image of 4 people and headscarf

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS