Menu

HARI POLIS KE-217: 200 WARGA PDRM BERAGAMA BUDDHA LAKSANA SEMBAHYANG KHAS UNTUK PASUKAN

Kuala Lumpur, 26 April 2024 - Hampir 200 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk pegawai awam dan pesara polis beragama Buddha menyertai acara sembahyang khas sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 di Buddhist Maha Vihara Brickfields, di sini, pagi tadi.

Acara keagamaan itu diketuai oleh Ketua Tertinggi Sami Buddha Malaysia, Datuk Dr. K. Sri Dhammaratana Nayaka Maha Thero sambil diiringi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, CP Dato’ Khaw Kok Chin dan Timbalan Pengarah (Jenayah Siber) Jabatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman selaku Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Keagamaan Buddha, DCP Dato’ Dr. Lim Joo Soon.

Yang turut hadir melaksanakan acara sembahyang khas bersama warga PDRM tadi ialah Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri, Tuan Chan Ming Kai.

Acara yang berlangsung kira-kira dua jam tadi turut disusuli dengan ucapan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain yang dibacakan oleh Dato' Dr. Lim di Dewan Asoka sebelum majlis penyampaian sumbangan dan cenderahati oleh Dato' Khaw kepada Datuk Dr. K. Sri Dhammaratana.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan muhibbah itu turut disempurnakan dengan penuh adat istiadat kepolisan.

Hadir sama tadi, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan), JSJK Bukit Aman, SAC Koh Seok Keng, Ketua Penolong Pengarah (D9), Siasatan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Lim San Aik, bekas Pengarah JSJK, pesara CP Dato' Koh Hong Sun dan para pesara polis serta rakan-rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of one or more people, temple and text that says 'WISMADHARMACAKRA CAKRA WISMA DHARMA'

May be an image of 3 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 5 people and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS