Menu

PRK DUN KUALA KUBU BHARU: KPN TITIP NASIHAT KEKALKAN PROFESIONALISME DAN INTEGRITI KEPADA PETUGAS PDRM

Hulu Selangor, 26 April 2024 - Semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bakal bertugas menjaga keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 Kuala Kubu Bharu bermula 27 April ini, dinasihatkan untuk terus mengekalkan profesionalisme, disiplin serta mengamalkan budaya integriti tinggi.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, beliau percaya kesemua 642 pegawai dan anggota PDRM yang bertugas pada kali ini mampu melaksanakan amanah yang diberikan, kerana telah berpengalaman dalam penugasan mengawal siri pilihan raya seumpamanya sejak tahun lalu.

Tan Sri Razarudin dalam ucapannya kepada para petugas PDRM di Auditorium Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu, di sini, pagi tadi turut mengingatkan mereka untuk terus mempamerkan komitmen kerja yang tinggi ketika melaksanakan penugasan dalam apa jua keadaan.

"Kekalkan displin, kekemasan dan pastikan kesihatan serta keselamatan diri dijaga agar penugasan yang dilakukan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan," ujar beliau.

Suruhanjaya Pilihan Raya dalam satu kenyataan pada 18 April lalu memaklumkan PRK DUN Kuala Kubu Bharu bakal diadakan pada 11 Mei depan, manakala proses penamaan calon pula ditetapkan pada hari Sabtu ini.

Dalam majlis yang sama, Tan Sri Razarudin turut berpeluang menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan Sukan dan Sosial Polis Kontinjen Selangor kepada enam penerima asnaf dan pesakit kronik dari kalangan warga Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor dan Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu, selain menyampaikan hamper Hari Raya Aidilfitri kepada wakil petugas PRK yang diketuai oleh Komandan Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu, ACP Mohd Sabri Abdullah dan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Mohd Faizal Tahrim.

Yang turut hadir dalam perjumpaan bersama Tan Sri Razarudin tadi ialah Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Sasikala Devi Subramaniam, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad dan Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Dato' Pahlawan Supramaniam Ramasamy.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of speaker, dais and text

May be an image of 3 people and text

No photo description available.

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 8 people and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS