Muar, 1 Mei 2024 - Pemandu bas yang didakwa menyamar sebagai polis ketika menyamun sebuah keluarga sedang bersahur dipenjara lima tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Nik Khairoul Kasim, 39, membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan ke atasnya dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suainbon.
Mengikut kedua-dua pertuduhan, dia didakwa memiliki tiga bentuk cincin milik dua individu selepas memecah masuk sebuah rumah di Jalan Dusun Damai, Pagoh, jam 4 pagi, 7 April lalu.
Sehubungan itu, Nik Khairoul didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 413 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh dikenakan denda.
Berdasarkan fakta kes, mangsa bersama-sama ahli keluarga dan rakan baru selesai bersahur di rumahnya sebelum dimasuki dua individu tidak dikenali.
Tertuduh bersama seorang lagi menyamar sebagai polis kemudian menyamun mangsa dengan mengambil barang peribadi seperti telefon bimbit, wang tunai dan juga barang kemas.
Mangsa membuat laporan di Pagoh, pada hari kejadian dan susulan itu, pada pada 19 April lalu, jam 12.04 malam, polis berjaya menahan tertuduh.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.