Kehadiran Dato' Sri Mohd Kamarudin telah disambut oleh Ketua Polis (KP) Pulau Pinang, CP Datuk Hj. Hamzah Hj. Ahmad bersama Komander PPM, SAC Norzaid Hj.
Muhammad Said dan Komander PPM Wilayah Satu, ACP Rusley Chi Ari.
Tujuan lawatan itu bagi membincangkan isu tebus guna tanah bersebelahan jeti PPM Wilayah 1 dengan pihak pemaju, Mutiara Metropolis Sdn Bhd dan East Design Archirect Sdn Bhd selain permasalahan yang dihadapi dalam menempatkan bot-bot pihak PPM serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Ia turut dihadiri Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Pulau Pinang dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang.
Turut hadir, DCP Gerakan Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Yusoff Mamat, Komander
Pasukan Gerakan Udara, DCP Dato’ Noor Sham Md Jani, Timbalan KP Pulau Pinang, DCP Dato' Mohd Alwi Zainal Abidin dan Timbalan Pengarah (Fasiliti/Bekalan/Aset) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, SAC Low Kim Piew.