Menu

ARTIKEL PILIHAN: JENAYAH SIBER DAN DADAH PERLU PERHATIAN SERIUS

Kuala Lumpur, 7 Mei 2024 - Seminar Jenayah Siber dan Penyalahgunaan Dadah menjadi platform terbaik pertukaran maklumat kepada peserta mengenai cabaran baru dalam bidang keselamatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, beliau turut berkongsi statistik kes jenayah siber yang menunjukkan peningkatan setiap tahun.

"Kedua-dua isu berkaitan jenayah siber dan penyalahgunaan dadah perlu diberi perhatian serius.

"Seminar yang disiarkan secara langsung di aplikasi Facebook Polis Diraja Malaysia boleh menjadi perhatian serta rujukan masyarakat," katanya kepada Sinar Harian, pada Selasa.
Seminar itu berlangsung dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS