Menu

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: SIKAP PRIHATIN ANGGOTA TRAFIK IPK KL BANTU ALIHKAN KENDERAAN ROSAK

Bantuan yang diberikan oleh Koperal Mohd Radhie Md Yatim dan Koperal Muhammad Faisal Arshad dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur (KL), kepada pemilik sebuah kenderaan yang mengalami kerosakan di Jalan Istana menghala ke pusat bandar KL, wajar dicontohi warga Polis Diraja Malaysia lain.

Atas sifat prihatin yang tinggi, anggota yang terlibat segera menghulurkan bantuan meskipun sedang melakukan tugas rondaan dan kenderaan tersebut berjaya dialihkan ke bahu jalan dengan selamat.

Sumber: JSPT KL

Pautan Video:
https://www.facebook.com/watch/?v=315853248062738
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS