Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga mendiang Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur, pagi tadi.
Mendiang berumur 70 tahun dan berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara
ke-20 pada 15 Februari lalu, selain pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas di Sarawak dari 1982 hingga 1990.
Semoga ahli keluarga mendiang tabah dan sabar menghadapi ketentuan takdir.
#10052024