Petaling Jaya, 18 Mei 2024 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota polis yang maut ditembak dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, awal pagi semalam.
Menerusi hantaran di akaun Instagram rasmi, Baginda menzahirkan rasa sedih terhadap pemergian Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan
Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said.
“Al-Fatihah buat dua wira negara yang terkorban dalam tragedi ini. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda.
Semalam, dua anggota polis maut, manakala seorang lagi parah selepas ditembak dan ditetak seorang suspek yang bertindak menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram di sini.
Lelaki yang menyerang balai tersebut turut mati ditembak dalam kejadian berdarah tersebut.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.