Menu

TIMBALAN KPN ZIARAH KELUARGA ALLAHYARHAM KONSTABEL MUHAMAD SYAFIQ

Kuantan, 25 Mei 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengadakan ziarah kebajikan ke atas keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said di Taman Mahkota Jaya dekat Jaya Gading di sini.

Kehadiran beliau bersama Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato’ Noor Hisam Nordin telah disambut oleh bapa mangsa, Encik Ahmad Said Md. Piah.

Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Mohd Said meninggal dunia akibat cedera parah dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor baru-baru ini yang turut mengorbankan rakan setugasnya, Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar.

Hadir sama, Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, SAC Dato’ Mohammad Shaharul Md Osman dan Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu.

Jurugambar: Polis Kuantan


WhatsApp Image 2024-05-25 at 4.57.32 PM.jpeg

WhatsApp Image 2024-05-25 at 8.23.28 PM.jpeg

WhatsApp Image 2024-05-25 at 4.57.32 PM (1).jpeg

WhatsApp Image 2024-05-25 at 4.57.33 PM.jpeg

WhatsApp Image 2024-05-25 at 8.23.28 PM (1).jpeg

WhatsApp Image 2024-05-25 at 4.57.33 PM (1).jpeg

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS