Menu

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KERATAN AKHBAR PILIHAN: USAH TERTIPU BELI TANAH ‘LOT LIDI’ - PENGARAH JSJK

Kuala Lumpur, 29 Mei 2024 - Orang ramai diingatkan tidak membeli tanah ‘lot lidi’ kerana tidak mempunyai hak daripada sudut undang-undang sebagai tuan tanah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lot lidi sering dijual kononnya sebagai lot banglo, tetapi sebenarnya berstatus pertanian.

“Lot lidi merujuk kepada sebidang tanah pertanian yang mempunyai dokumen hak milik yang sah.

“la kemudian dijual secara lot kecil tanpa urusan pindah milik tanah kepada pembeli atau pengeluaran dokumen hak milik berasingan bagi lot kecil berkenaan.

“Untuk rekod, tempoh dari 2021 hingga 2023, sejumlah 45 laporan polis diterima berkaitan isu tanah lot lidi membabitkan kerugian RM1.96 juta,” katanya di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS