Menu

KPN SERIKAN MAJLIS PENGHARGAAN BUAT ATLET PDRM CEMERLANG DALAM PIALA DUNIA SEPAK TAKRAW 2024

 
Putrajaya, 29 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir menyerikan Majlis Penghargaan Atas Pencapaian Cemerlang Dalam Piala Dunia Sepak Takraw 2024 buat atlet sepak takraw Polis Diraja Malaysia (PDRM) Konstabel Muhammad Shahalril Aiman Halim di atas pencapaian cemerlangnya dalam Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang berlangsung di Bilik Sidang Media, Kementerian Dalam Negeri (KDN), petang tadi.

Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berbesar hati menyampaikan Surat Penghargaan dan Sijil Kecemerlangan kepada beliau kerana telah berjaya mengharumkan nama negara amnya dan Pasukan khususnya yang merangkul pingat emas dalam acara Regu dan pingat perak dalam acara Berpasukan Regu Piala Dunia 2024 yang diadakan Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau yang bertugas di Kem Komandan, Cawangan Urus Tadbir/Kepolisan Am Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur merupakan anak jati dari Alor Setar, Kedah telah menceburi sukan sepak takraw sejak berumur 7 tahun. Konstabel Muhammad Shahalril Aiman bersama rakan sepasukan yang lain membawa harapan rakyat Malaysia untuk menjadi juara dalam kejohanan tersebut dan berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam kategori yang dipertandingkan.

Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada Konstabel Muhammad Shahalril Aiman atas prestasi cemerlang di persada antarabangsa. Anda adalah kebanggaan kami!

Turut berlangsung dalam majlis yang sama, Mesyuarat Pasca Kabinet Bilangan 17/2024 yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Saifudin Nasution bersama pengurusan tertinggi KDN.

Hadir sama, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, barisan Timbalan KSU KDN, Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Bukit Aman, CP Dato' Mohd Roze Shaari, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Dato, Mohd Sukri Kaman, Pengelola Sukan Sepak Takraw PDRM, ACP Sarifudin Mohd Salleh, Ketua-ketua Pengarah Jabatan, wakil jabatan dan agensi di bawah KDN.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 6 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS