Kuala Lumpur, 29 Mei 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Deputy Regional Representative for Southeast Asia and The Pacific,
United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC), Mr. Benedikt Hoffmann dan National Programme Office, UNODC, Dato’ Narander Singh Chand Singh di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia
(PDRM) Bukit Aman, di sini, hari ini.
Kunjungan hormat diadakan bertujuan membincangkan kerjasama antara UNODC dan PDRM khususnya dalam bidang keselamatan dan pembanterasan jenayah merentasi sempadan.
Hadir sama Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Sri Azri Ahmad, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Khaw Kok Chin, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, SAC Mohd Asmadi Yusoff, SAC Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, JSJK Bukit Aman, SAC Mohamed Fadzil A. Rahman dan Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Dato’ Pahlawan Suparamaniam Ramasamy.