Menu

#InfoBersama APLIKASI VSP BANTU CEGAH JENAYAH

Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) merupakan satu inisiatif Polis Diraja Malaysia dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai rakan kolaborasi polis.

Selain itu, ia bertujuan memudahkan masyarakat untuk membuat aduan keselamatan, menyalurkan maklumat mengenai jenayah atau kegiatan yang menyalahi undang-undang, selain boleh digunakan untuk memaklumkan kepada pihak polis mengenai ketiadaan mereka di rumah sempena cuti perayaan bagi mengelakkan sebarang aktiviti jenayah berlaku dan memastikan harta benda yang ditinggalkan selamat.

Ikuti infografik yang disediakan sebagai panduan dan muat turun aplikasi VSP sekarang melalui pautan di bawah:
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS