Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga mendiang SAC Datuk Chandrasehkaran Muthu yang meninggal dunia di Hospital Likas, Kota Kinabalu, Sabah, pagi tadi.
Mendiang yang berumur 56 tahun merupakan Ketua Staf Operasi Darat, Eastern Sabah Security
Command sejak 5 Mei 2020 sehingga kini.
Jenazah mendiang akan dibawa ke Wisma Fook Lu Siew, Jalan Percetakan Baru, Kota Kinabalu, Sabah untuk majlis penghormatan terakhir pada hari Isnin, 3 Jun 2024 bermula jam 9.00 pagi.
Semoga seluruh ahli keluarga mendiang tabah dan sabar menghadapi ketentuan takdir.