Menu

KPN SAMPAIKAN SURAT PENGHARGAAN BUAT TIGA ANGGOTA TERLIBAT INSIDEN SERANGAN BALAI POLIS ULU TIRAM

Kuala Lumpur, 4 Jun 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi ini berbesar hati menyampaikan surat penghargaan dan plak kepada tiga anggota Balai Polis Ulu Tiram, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam yang terlibat dalam insiden serangan di balai itu pada bulan lalu.

Surat penghargaan tersebut disampaikan kepada Koperal Mohd Hasif Roslan, Lans Koperal Mohamad Aznel Mat Salleh dan Konstabel Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa dalam satu pertemuan khas di Pejabat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini bagi menghargai keberanian ketiga-tiga anggota polis itu yang sanggup bergadai nyawa demi menjaga keselamatan awam.

Tan Sri Razarudin turut menyatakan bahawa sifat berani mereka wajar dicontohi warga Pasukan yang lain dalam menjalankan tugas hakiki sebagai pegawai dan anggota polis di lapangan.

Majlis ringkas tapi penuh bermakna itu turut dihadiri Ketua Polis Johor, CP M. Kumar S. Muthuvelu.

Dalam kejadian pada 17 Mei lalu, dua anggota polis, Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said terkorban akibat cedera parah diserang seorang lelaki bersenjatakan parang yang turut merampas senjata api daripada salah seorang anggota berkenaan.

Hadir sama dalam majlis tadi ialah Ketua Polis Balai Ulu Tiram, Inspektor Mohd Hisyam Ezahar.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan

May be an image of 5 people and text

May be an image of 5 people, the Oval Office and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 2 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS