Menu

VIDEO PILIHAN: KPN SAMPAIKAN SURAT PENGHARGAAN BUAT TIGA ANGGOTA TERLIBAT INSIDEN SERANGAN BALAI POLIS ULU TIRAM

Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berbesar hati menyampaikan surat penghargaan dan plak kepada tiga anggota Balai Polis Ulu Tiram, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam yang terlibat dalam insiden serangan di balai itu pada bulan lalu.

Surat penghargaan tersebut disampaikan kepada Koperal Mohd Hasif Roslan, Lans Koperal Mohamad Aznel Mat Salleh dan Konstabel Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa dalam satu pertemuan khas di Pejabat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini bagi menghargai keberanian ketiga-tiga anggota polis itu yang sanggup bergadai nyawa demi menjaga keselamatan awam.

Sumber: TikTok Tan Sri Razarudin Husain

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS