Menu

ARTIKEL PILIHAN: POLIS SIASAT PEMANDU E-HAILING HINA AGAMA, NEGARA DEPAN PELANCONG - KPN

Kuala Lumpur, 5 Jun 2024 - Polis menyiasat tindakan seorang pemandu e-hailing yang mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam dan Malaysia kepada pelancong asing yang mana videonya diviralkan.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata polis sudah menerima laporan daripada seorang peniaga berusia 49 tahun yang melihat video tersebut di aplikasi TikTok semasa berada di rumahnya di Kempas Baharu, Johor Bahru, semalam.

Katanya, lelaki itu mendakwa video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Tiktok 'Samisma_News & AATV Rakyat News' memaparkan seorang pemandu e-hailing didakwa menghina agama Islam serta memburukkan Malaysia kerana tidak berpuas hati kerana negara ini mengharamkan arak dan bermain judi.

"Hasil siasatan mendapati video terbabit dimuat naik kira-kira 7 malam semalam dengan mengeluarkan kenyataan sensitif.

"Semakan akan dibuat dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mendapatkan butiran pemilik akaun dan mengenalpasti pemandu e-hailing," katanya ketika dihubungi.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-siasat-pemandu-e...

Sumber: Berita Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS