Kuala Lumpur, 7 Jun 2024 - Masyarakat di negara ini digesa tidak mudah terpedaya dengan tawaran skim pelaburan menerusi pelbagai medium aplikasi media sosial.
Berdasarkan kes yang direkodkan
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, hampir keseluruhan skim pelaburan yang ditawarkan melalui media sosial akan berkesudahan dengan kes penipuan.
Pengarah JSJK, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, secara kebiasaannya skim pelaburan itu akan menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal.
"Adalah tidak logik apabila dengan pelaburan sebanyak RM300 hingga RM500 kita akan menerima pulangan hasil keuntungan pelaburan berjumlah belasan ribu ringgit dalam tempoh tiga jam.
"Ini semua adalah taktik sindiket pelaburan yang hanya ingin memperdayakan mangsa mereka.
"Malah sindiket penipuan pelaburan akan memaparkan gaya hidup mewah, menaiki pesawat peribadi selain kononnya memiliki kediaman dan kenderaan mewah untuk memancing (memperdaya) bakal pelabur," katanya selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan, Program Latihan Asas Kepolisan di Pusat Latihan Polis, di sini, hari ini.