Menu

#BiarJasaJadiKenangan POSTING PILIHAN: TIGA JARI TERPUTUS BAIKI MOTOSIKAL, MUJUR ADA ‘ABANG POLIS’ BANTU

Nilai, 11 Jun 2024 – Nampak kecil, tetapi usaha murni dua anggota polis ini berjaya membantu lelaki yang terputus jari ini mendapatkan rawatan segera dengan tindakan pantas mereka menghantar mangsa ke hospital, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, lelaki berusia 40-an itu dikatakan terputus tiga jari tangan kanannya ketika membaiki motosikal Yamaha 125Z yang mengalami kerosakan di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, lelaki itu kemudiannya dikatakan meminta bantuan sepupunya untuk dihantar ke hospital, namun kereta dinaiki pula mengalami “overheat” (terlalu panas).

“Ketika kereta peronda Ibu Pejabat Daerah Nilai dinaiki Koperal Mohd Rizad Roshlan dan Koperal Mohd Hazuan Azari Zakaria yang menjalankan penugasan rondaan di kawasan Nilai-Labu ditahan seorang lelaki di Kawasan Perindustrian Nilai 7.

“Lelaki itu memberitahu sepupunya mengalami kecederaan terputus tiga jari tangan ketika membetulkan motosikal yang mengalami kerosakan di lebuh raya dan perlu dihantar ke hospital dengan segera,” katanya, hari ini.

Superintendan Abdul Malik berkata, anggota terbabit menghantar mangsa ke Hospital Salam dekat Senawang untuk rawatan kecemasan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../3-jari-terputus-baiki...

Sumber: Polis Daerah Nilai dan Harian Metro

May be an image of 2 people, car and ambulance

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people, car and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS