Menu

POSTING PILIHAN: 48 PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS TAMAT KURSUS ASAS UTK

Kuala Lumpur, 11 Jun 2024 – Seramai 48 peserta terdiri daripada lima pegawai kanan dan 43 anggota Polis Diraja Malaysia yang berjaya menamatkan Kursus Asas Unit Tindakhas (UTK) yang diraikan dalam Majlis Penganugerahan Beret “maroon” kepada Pelatih Kursus Asas UTK Siri 1/2024 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.

Berucap dalam majlis diadakan, Komander UTK, SAC Ahmad Jefferi Abdullah menzahirkan setinggi tahniah dan bangga dengan pencapaian yang ditunjukkan sepanjang kursus dilaksanakan bermula dari 15 Januari hingga 15 Mac 2024.

Seramai 325 penyertaan daripada pegawai dan anggota polis dari seluruh Malaysia diterima, namun hanya 190 yang melepasi temuduga, 83 yang berjaya ujian pemilihan kedua dan hanya 48 yang berjaya menamatkan Kursus Asas UTK Siri 1/2024.

Dalam majlis yang sama, turut diraikan kejayaan bagi pemenang Piala Komander UTK – International Practical Shooting Confederation Champion 2024, penerima Surat Penghargaan Eastern Sabah Security Command dan penerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2023.

Hadir sama, Timbalan Komander (Operasi) UTK, ACP Hisham Mahmood, Timbalan Komander (Kepolisan Am) UTK, Superintendan Hairi Samad, Penolong Komander (Operasi) UTK , Superintendan Mohammad Khairani Khalid dan para pegawai kanan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS