Kuala Lumpur, 14 Jun 2024 - Polis menahan 27 pempengaruh media sosial kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket perjudian untuk mempromosikan kegiatan judi dalam talian, semalam.
Semua pempengaruh berusia antara 21 hingga 35 tahun termasuk 23 wanita itu ditahan dalam serbuan serentak di ibu kota, selain Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan mendapati sindiket membayar gaji kepada pempengaruh terbabit berdasarkan jumlah pengikut di akaun media sosial masing-masing.
"Setiap pempengaruh dibayar antara RM1,500 hingga RM8,000 bergantung jumlah pengikut mereka di media sosial.
"Siasatan mendapati setiap pempengaruh digaji sindiket ini aktif sekurang-kurangnya di dua platform media sosial," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman di sini, hari ini.