Menu

VIDEO PILIHAN: MPV IPD ROMPIN LAKUKAN HEBAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA

Cawangan Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin telah mengambil inisiatif membuat hebahan menggunakan pembesar suara bagi rondaan cegah jenayah di kawasan perumahan sekitar Taman Puteri Makmur Jaya, Rompin, Pahang.

Langkah tersebut untuk menggalakkan orang ramai memuat turun dan seterusnya menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol serta Borang Balik Kampung sebelum meninggalkan kediaman masing-masing agar pihak polis boleh menjalankan rondaan untuk memastikan keselamatan harta benda yang ditinggalkan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS