Kuala Lumpur, 22 Jun 2024 - Polis menerima lapan laporan kes penipuan pelaburan mata wang kripto tidak wujud dikenali ‘Pelaburan Kakaue'' membabitkan kerugian mencecah RM3.5 juta.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sebanyak 22 akaun bank atas nama pelbagai syarikat dan perniagaan sedang disiasat kerana dipercayai digunakan sebagai keldai akaun oleh sindiket ini.
Katanya, berdasarkan laporan diterima, mangsa iaitu seorang lelaki berusia 57 tahun yang juga seorang peguam memaklumkan kerugian RM1.3 juta selepas menyertai skim pelaburan Kakaue.
“Berdasarkan siasatan, pada Disember tahun lalu mangsa tertarik dengan pelaburan itu selepas melihat iklan dipaparkan di Facebook.
“Mangsa kemudian dihubungi melalui aplikasi WhatsApp oleh beberapa individu yang mendakwa wakil Syarikat Kakaue Exchange,” katanya ketika sidang media semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.