"Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai cuba meragut seorang wanita warga China di Southville City, Dengkil, pada jam 10.45 pagi semalam. Lelaki berusia 33 tahun yang juga penganggur itu ditahan di Lorong Bahagia, Kampung Jenderam Hilir, Dengkil, pada jam 4.00 petang."
"Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau turut ditahan bersama motosikal yang digunakan ketika kejadian.”
"Polis masih mengesan mangsa ragut dan berharap tampil membuat laporan. Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan."
Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof
Link Pautan: https://www.facebook.com/reel/470301235587663