Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TAN SRI RAZARUDIN DAN DATO’ SRI AYOB KHAN TERAJU MANTAP, GANDINGAN PADU SANG SAKA BIRU

Hampir setahun selepas dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji.

Ironinya, timbalannya iaitu DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay ke Makkah untuk menunaikan haji selepas dilantik ke jawatan itu kira-kira setahun yang lalu.

Dalam masa setahun ini juga, kedua-dua susuk tubuh ini melalui pelbagai pahit manis selepas masing-masing diumumkan sebagai orang nombor satu dan dua dalam pasukan Polis Diraja Malaysia yang berkuat kuasa 23 Jun tahun lalu.

Tan Sri Razarudin dilantik sebagai KPN yang ke-14 daripada jawatan Timbalan KPN secara kontrak selama dua tahun sehingga 22 Jun 2025.

Dato’ Sri Ayob Khan yang dikenali ramai sebagai ‘Ayob Terrorist' kerana agresif mengekang dan menggempur kegiatan yang berkaitan dengan unsur pengganas ketika menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8), Cawangan Khas Bukit Aman dilantik sebagai Timbalan KPN daripada jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text that says 'RAZARUDIN, AYOB KHAN TERAJU MANTAP Gandingan padu Sang Saka Biru Bersama Isma small dilansik digital dan teknologi integri H C RAZARUDIN belahiran Dengkil, berkaitan masyarakat Setahun masa yang Razarudin dan Ayob Khan lalui dilihat tidak goyang dan kekal memberi khidmat serta terus fokus terhadap pencapaian pasukan akaman daduk adukdi abatan kuat Diumumkan nombor satuda ndua PDRM tahun berteraskan teknotoos M.Polisda moto Masyarakat cabaran Harian Metro Berita DANG PENGARANG perhatian'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS