Menu

40 TAHUN PENUBUHAN RESPA KEKAL UTUH BANTU PDRM DAN NEGARA

Cheras, 25 Jun 2024 – Menjangkau usia penubuhan yang telah mencecah 40 tahun, Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) dilihat kekal utuh dalam membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan negara dari sudut sumbangan pengetahuan, pengalaman serta kepakaran bidang masing-masing dalam menjaga keamanan negara.

Perkara tersebut dinyatakan Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam ucapan sempena Majlis Penutupan Mesyuarat Agung RESPA Kali Ke-40 Tahun 2024 yang berlangsung di Dewan Sultan Hj. Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, di sini pagi tadi.

Turut mengiringi, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain dan Presiden RESPA, Dato’ Meor Chek Hussien Mahayuddin.

Datuk Seri Saifuddin Nasution turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM60,000 daripada Kerajaan yang akan diberikan kepada RESPA bagi membantu pengurusan melibatkan hal-hal kebajikan ahli.

Beliau turut berharap agar lebih ramai pegawai kanan polis yang telah bersara menyertai RESPA dan bergiat penuh keikhlasan serta harmoni.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Sri Azri Ahmad, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, CP Dato' Khaw Kok Chin, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato' Pahlawan Shazeli Dato' Kahar, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad dan ahli-ahli RESPA seluruh Malaysia.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Bryanlie Mustin


May be an image of text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 6 people, dais and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS