Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PEMERDAGANGAN ORANG, KDN SASAR KEDUDUKAN TAHAP 1

Kuala Lumpur, 26 Jun 2024 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggariskan tiga perkara untuk mencapai sasaran kedudukan Tahap 1 dalam laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai pemerdagangan orang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiga perkara itu antaranya meningkatkan keupayaan, kerjasama antara agensi dan mengekalkan indikator penilaian selain menambah baik perundangan.

“Dengan peningkatan tahap ini, kita tiada lagi kerisauan mengenai sekatan pasaran produk yang dihasilkan industri perladangan.

“Dalam laporan itu juga disebut beberapa perkara yang masih belum dipatuhi sepenuhnya dan KDN komited untuk melonjak ke Tahap 1 pada masa akan datang,” katanya pada sidang akhbar di Maktab Polis Diraja Malaysia Cheras, di sini pada Selasa.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS