Kuala Lumpur, 26 Jun 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain memenuhi undangan ke Majlis Perasmian Sambutan Hari Antidadah dan Penutup Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan (SSPDK) 2024 yang berlangsung di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.
Majlis anjuran
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang bertemakan “Perkasa Sinergi, Perkukuh Solidariti” itu telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismai.
Turut hadir mengiringi Datuk Seri Saifuddin Nasution ialah Ketua Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar Bachok.
Dalam majlis yang diadakan, Tan Sri Razarudin bersama-sama Datuk Seri Saifuddin Nasution telah menyempurnakan gimik perasmian dan pelancaran portal aduan AADK.