Kuala Lumpur, 25 Jun 2024 – Sebanyak 57 laporan polis dibuat berhubung kes penipuan skim pelaburan mesin minuman layan diri membabitkan kerugian lebih RM5 juta, sejak tahun lalu.
Beliau berkata,mana-mana individu yang menjadi mangsa penipuan skim itu digesa supaya tampil membuat laporan di balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.
“Orang ramai juga dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan mencari maklumat secukupnya sebelum mengambil keputusan untuk menyertai mana-mana skim pelaburan.
“Dapatkan pandangan dan nasihat agensi berkaitan dengan pelaburan seperti
Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti sebelum melabur,” katanya, semalam.
Selain itu beliau berkata, orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 sekiranya mempunyai sebarang kebimbangan mengenai jenayah penipuan.
“Jangan membuat pelaburan secara membuta tuli. Ingatlah, tamak haloba dan kejahilan adalah menjurus kepada kerugian,” katanya.