Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: GENG PECAH RUMAH MEWAH TUMPAS

Kuala Lumpur, 28 Jun 2024 - Polis menumpaskan satu kumpulan pecah rumah mewah oleh lapan penjenayah termasuk empat warga Amerika Latin, yang menyamun kediaman seorang ahli perniagaan di Bukit Damansara, di sini, dengan nilai kerugian RM7 juta, pada 31 Mei lalu.

Kejadian disedari mangsa yang pulang ke kediamannya pada jam 10 malam, hari yang sama selepas mendapati bilik tidur utama dalam keadaan berselerak.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa, berkata suspek mendapati 30 jam tangan mewah pelbagai jenama, barangan kemas dan wang tunai RM20,000 telah hilang.

“Berdasarkan maklumat dan risikan dijalankan, tujuh suspek termasuk dua wanita diberkas antara 6 Jun hingga 14 Jun lalu.

“Susulan siasatan yang dijalankan terhadap lelaki Bangladesh, polis kemudian menahan seorang wanita tempatan dan tiga lelaki warga Amerika Latin berusia antara 30 hingga 40 tahun di sebuah kondominium di ibu negara, pada jam 9.30 malam 9 Jun lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 6 people and text that says 'Geng pecah rumah mewah tumpas termasuk dua wanita diberkas Enam daripada ditahan adalah warga Bangladesh dan Amerika Latin daripada suspek kepada pada Jun Safeek Affendy Razali dijalan- Lumpur: Polis menumpas- mewah malam sidang Ibu tang- berkata Rusdi (tiga dari kanan) memunjukkan barangan milik mangsa kes Kuala Lumpur, semalam. dibuat, jenama, wang tunai RM20,000 RM4,001,550.00,' katanya. tangan dan risikan dijalankan, tujuh suspek tangkapan yang berjaya ditemnui semula HalrulA Anuar Rahim/BH) Bangkok seorang lagi bagi Malaysia. Kesemua rampasan adalah Ame- ditahan serta Thai- Imigresen Kanun lain dibebas- tangkap untuk dibawa Kanun dipercaya memasuki e Seksyen Keseksaan dan wc cah kejadian berkenaan.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS